Friday 6 July 2018

SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH SK KRAIT 2019. SI COMEL TAHUN 2019.


SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH SK KRAIT 2019

BIL
NAMA MURID
UMUR
1.
ABRAHAM DUKE ENGGIT
5
2.
AFISYA
6
3.
AIZER OZIEL
5
4.
ALEXIS LUIZ
6
5.
ANGELINE
5
6.
BEBYZIE QUINTSIE
5
7.
DELLYANA FRESHA
5
8.
DOMINIC SERIT
6
9.
ELYNA PINKY
5
10.
FRENCISKA VICTORIA PAREZ
5
11.
JENETIY ZANDRA
5
12.
JERINO KOCHI
6
13.
JOSTIN RANDO
6
14.
LEONIEL VINCENT
6
15.
LIANA
6
16.
MARIA ARISSA DHALIA
5
17.
MARYLYN
6
18.
MELVINCENT ANGELEO
5
19.
RAPHAEL ISAAC SAGAR
6
20.
SHAWN CHRISTOPER
5
21.
WENDY AMANDA
5































RUMUSAN :

LELAKI = 10 ORANG                     6 TAHUN = 9 ORANG      
PEREMPUAN = 11 ORANG           5 TAHUN = 12 ORANG

LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OLEH PEMBANTU PENGURUSAN MURID CIK JOYCE ROBERT GRED N 19

JOYCE ROBERT | LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA | TAHUN 2018  
    
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN MALAYSIA
Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya  diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak Negara. Atas kesedaran inilah lahir satu dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan Negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identity kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem  pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, social. Ekonomi, dan politiknya…”
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja (“tenaga rakyat,” istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi Negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini menjadi satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
     I.        Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa pengantar yang utama;
  II.        Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
III.        Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
 IV.        Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
   V.        Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
 VI.        Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
VII.        Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
VIII.        Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang sejurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
 IX.        Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978;
   X.        Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat university terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
 XI.        Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
XII.        Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran Bahasa-bahasa lain seperti Bahasa cina dan Bahasa Tamil; dan
XIII.        Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping strategi ini, dasar Pendidikan Kebangsaan juda dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa bahagian dan jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah Penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajar Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan Negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat Negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberi pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan pernyertaan swasta secara aktif.
Dengan pengaktifan Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mempercepatkan ekonomi Negara secara berkesan. Pelbagai perangkaian pendasaran sistem pendidikan di Negara kita telah memberi peransangan dan penelitian daripada pihak Kementerian Pendidikan Negara bagi mempraktikan sistem pemantapan pendidikan yang sekian lama diperlancarkan. Semaian pengetahuan adalah tanggungjawab bersama-sama rakyat dan taktik-taktik semaian pengetahuan yang baru harus ditanam di dalam pendirian individu tersendiri. Kelebihan dan keberhasilan pendasaran sistem pendidikan Negara adalah sangat maktub dan mantap diperkembangkan sekian bagi memenuhi keperluan pengetahuan rakyat dalam segala kerjaya di masa hadapan. Daripada kerjasama tersebut, sistem ini dapat mencapai kemaktuban pendasaran sistem pendidikan yang telah dihuraikan, direka semata-mata serta diperangkaikan oleh Kementerian Pendidikan Negara.
Ringkasan Laporan
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan Negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi Negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh Negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategic dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan Negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.

Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah Negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah Negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, Negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan menyumbang aktif kepada pembangunan Negara. Menerusi interaksi, individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan menghargai perbezaan, seterusnya membina perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman inilah identiti nasional dan perpaduan Negara dapat dipupuk.
Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan Negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan system pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap Negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.
 

OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA   
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan penglibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Penghayatan Pembangunan Pendidikan dihayati dengan tiga objektif khusus iaitu:
1.   Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;
2.   Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 8 tahun akan datang;
3.   Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berani dan ulung kali dilaksanakan. Perspektif daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang terlibat ialah Bank Dunia, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), serta enam universiti tempatan. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan jajaran dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan. Sebagai contoh, Kementerian bekerjasama dengan PEMANDU untuk membangunkan inisiatif pendidikan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2018-2025.
Tambahan lagi, buat pertama kalinya Kementerian telah melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh setahun, lebih 50,000 orang pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang awam di seluruh Negara telah dilibatkan melalui temu bual, kumpulan focus, tinjauan, dewan terbuka Dialog Nasional dan perbincangan meja bulat. Kementerian telah melantik panel pakar yang terdiri daripada 12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas terhadap dapatan kajian semula sistem pendidikan Negara.

PELABURAN YANG SIGNIFIKAN DAN MAPAN DALAM PENDIDIKAN
Penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada preatasi sekolah. Hal ini bertujuan membolehkan guru dan pengetua/ guru besar memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu pelaburan dalam sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan.
Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan sejak Negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu. Pada awal tahun 1980-an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK, atau 16% daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah perbelanjaan awam, malah adalah setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Pada tahun 2012, daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak RM 37 bilion, Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan Negara.

LONJAKAN BESAR DALAM MENINGKATKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN
Sistem pendidikan Negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun 1957. Ketika Negara mencapai kemerdekaan, lebih separuh daripada populasi tidak menerima pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak menerima pendidikan peringkat menengah, dan 1% sahaja mendapat pendidikan lepas menengah. Namun, lima setengah dekad kemudian, akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang melangkaui jangkaan.
Pada tahun 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah hampir sejagat, iaitu 94% dan peratusan murid yang tercicir daripada pendidikan rendah telah menurun secara signifikan (daripada 3% pada tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun 2011). Kadar enrolmen di peringkat menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) telah meningkat kepada 87%. Peningkatan terbesar berlaku di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5), dengan enrolmen meningkat hampir dua kali ganda daripada 45% pada tahun 1980-an kepada 78% pada tahun 2011. Kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi sekiranya enrolmen di sekolah swasta juga diambil kira, iaitu 96% peringkat rendah, 91% peringkat menengah, dan 82% menengah atas. Kadar ini adalah yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan Negara membangun yang lain, namun masih rendah berbanding sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Singapura dan Korea Selatan. Pada masa yang sama, peluasan yang cepat berlaku dalam pendidikan Prasekolah. Sekitar 77% murid telah memasuki pendidikan prasekolah (sama ada kerajaan atau swasta), dan sasaran Negara adalah untuk memperoleh penyertaan sejagat menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang terkandung dalam GTP.
Peningkatan yang signifikan dalam akses disusuli dengan peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini, manakala kadar literasi dewasa telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada kurang 70% kepada lebih 90% dalam jangka masa yang sama. Seterusnya, kadar populasi dewasa (berusia 15+ tahun) yang tidak mengikuti persekolahan telah menurun, daripada 60% pada tahun 1950 kepada kurang 10% pada tahun 2010. Manakala kadar populasi (berusia 15+ tahun) yang menamatkan pendidikan menengah telah meningkat daripada sekitar 7% pada tahun 1950 kepada hamper 75% dalam tempoh yang sama. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan Negara.



 
SISTEM PENDIDIKAN YANG KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN MURID SECARA MENYELURUH
Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi, iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam adalah wajib untuk semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia telah digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada tahun 1996, termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelektual, kerohanian, emosi dan jasmani.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.”







PRESTASI AKADEMIK MURID BERBANDING STANDARD ANTARABANGSA

Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia, seperti Negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi.  
Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu menghendapi risiko, dari segi relative dan mutlak. Hal ini disebabkan system pendidikan Negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian Antara sistem pendidikan Malaysia dan Negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak.
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.
Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawah purata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi kedudukan Negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003.
Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD. Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah beesamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia.

CONTOH KECEMERLANGAN WUJUD DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh Negara yang telah mencapai standard kebangsaan berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik. Di samping itu, Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, meghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.
Sistem pendidikan Negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang mewujudkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan, misalnya sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada lima terbawah berdasarkan prestasi murid dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaik peringkat komanwel pada tahun 2009 kerana Berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan. 




CABARAN KEKAL WUJUD DALAM MENCAPAI KEBERHASILAN MURID SECARA SAKSAMA
Objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak, seperti Sabah dan Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar Bandar adalah 4% mata dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jurang pencapaian meningkat kepada 8% mata. Walau bagaimanapun, kedua-dua jurang pencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5% mata dan 2% mata sejak enam tahun kebelakangan ini.
Jurang pencapaian antara Sekolah Kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan juga semakin mengecil. Tidak wujud perbezaan yang ketara Antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dari segi pencapaian dalam UPSR. Sejak lima tahun yang lalu, jurang pencapaian dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan Tamil telah berjaya dikurangkan sebanyak 50% dan jurang pencapaian antara sekolah jenis kebangsaan Tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina telah kurang kepada 4% mata.
Sebaliknya, jurang pencapaian antara jantina adalah signifikan dan terus meningkat, malah semakin melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Murid perempuan sentiasa mengatasi pencapaian murid lelaki pada semua peringkat. Jurang pencapaian Antara gender mula kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke peringkat Universiti, iaitu 70% daripada kohort peringkat universiti terdiri daripada pelajar perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun ia memerlukan Negara tidak mempunyai kohot murid lelaki ‘tercicir’, yang lebih awal meninggalkan sistem persekolahan atau merupakan kumpulan berpencapaian rendah. 
Akhirnya, jurang ekuiti yang paling besar disebabkan oleh latar belakang sosioekonomi murid. Jurang ini dilihat berdasarkan tiga aspek: pencapaian pendidikan ibu bapa, purata pendapatan isi rumah bagi negeri, dan peratus murid menerimaa bantuan asas kewangan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Ketiga-tiga aspek ini merupakan bukti yang tekal bahawa murid daripada keluarga miskin adalah kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi.

KEPELBAGAIAN PILIHAN PERSEKOLAHAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN ETNIK YANG HOMOGEN
Kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat rendah dan peringkat menengah dalam sistem pendidikan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan persekitaran etnik yang homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam kalangan murid. Demi pengukuhan identiti dan perpaduan nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang kepada interaksi yang dihasratkan.
Data yang diperoleh menunjukkan bahawa lebih banyak murid Cina dan India berdaftar di SJK pada tahun 2011, berbanding 10 tahun yang lalu. Bilangan murid Cina yang berdaftar di SJKC telah meningkat daripada 92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Peningkatan bagi murid India yang berada di SJKT adalah lebih ketara, iaitu daripada 47% kepada 56%. Keadaan yang sama wujud di SK kerana 90% enrolmen murid adalah bumiputera. Di peringkat menengah pula, walaupun laluan persekolahan adalah satu sahaja, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), namun keadaan terpisah dan homogen masih wujud. Hal ini berasaskan pemerhatian bahawa terdapat murid yang masih terbatas untuk terdedah kepada kepelbagaian, misalnya murid SJKC cenderung untuk ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), sementara itu terdapat murid SK menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi. Kementerian telah menyediakan Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah. Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan Antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan peruntukan, telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP.




PULANGAN ATAS PELABURAN TIDAK MEMENUHI HASRAT
Malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pendidikan. Usaha ini telah meningkatkan akses yang hampir sejagat di peringkat pendidikan rendah. Pada masa yang sama, akses di peringkat menengah telah meningkat dengan ketara. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk menambah baik dari segi aspek kualiti, ekuiti dan perpaduan.
Melalui perbandingan perbezaan prestasi pelbagai Negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid, perbezaan setiap band prestasi (Lemah, Sederhana, Baik, Sangat Baik, Cemerlang) adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan adalah sangat penting. Data yang diperoleh pada tahun 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang Negara-negara yang menyediakan jumlah peruntukkan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile, dan Armenia. Keadaan ini mungkin disebabkan peruntukkan untuk pendidikan di Malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea Selatan, dan di Shanghai sememangnya memperuntukkan jumlah bajet yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Sistem pendidikan Negara juga mampu melonjak dengan adanya usaha transformasi yang utama seperti ini. Oleh itu, tahap perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia perlu dikekalkan, namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan perbelanjaan bajet perlu dikaji semula. 

 ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan Negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk Negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi globalisasi yang pantas berubah? Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transfomasi sistem pendidikan Malaysia.
Aspirasi sistem
Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. sistem pendidikan berprestasi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama.
§