Friday 6 July 2018

AMALAN BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

AMALAN BERSESUAIAN DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

  Matlamat prasekolah adalah semua murid berkebolehan dan mendapat pencapaian yang bestari melalui pembelajaran dan pengajaran yang berdasarkan proses pembangunan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Tunjang-tunjang yang telah disenaraikan seperti berikut telah dapat menghasilkan murid-murid bestari pada masa kini.
                   # Tunjang Komunikasi
                   # Tunjang Sains Dan Teknologi
                   # Tunjang Kemanusiaan
                   # Tunjang Fizikal Dan Estetika
                   # Tunjang Ketrampilan Diri
                   # Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Aspek-aspek penting turut diambil kira dari segi pengetahuan, kemahiran, kreativiti, sikap dan sahsiah serta komunikasi. Aspek pengetahuan adalah penguasaan kemahiran murid dalam rangkuman pengetahuan tentang diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Kemahiran murid-murid tentang kepelbagaian kehidupan di persekitaran turut diambil kira bagi pencapaian matlamat bestari prasekolah. Murid-murid harus berpengetahuan tentang kewujudan fenomena alam, agama serta berpengalaman berdasarkan multimedia adalah penting dalam perkembangan minda bestari murid-murid prasekolah.
Aspek kemahiran adalah mengenai kemahiran yang telah dikuasai murid dalam perangkuman kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Murid-murid haruslah mempunyai penguasaan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.  Penguasaan kemahiran motor halus dan motor kasar semasa menjalankan aktiviti harian dan aktiviti pembelajaran juga adalah penting bagi perkembangan minda bestari di masa hadapan.
Penguasaan minda bestari boleh diperkembangkan melalui kreativiti kerja-kerja murid iaitu semua kreativiti yang dihasilkan oleh murid contohnya penghasilan kreativiti daripaada bahan semula jadi, bahan kitar semula dan lain-lain. selain itu, murid-murid boleh menunjukkan penghasilan kreativiti dengan merekacipta suatu hasilan berdasarkan pengalaman dan fantasi.

Minda bestari melalui aspek perkembangan sikap dan sahsiah merupakan aspek yang paling penting dalam penghasilan murid bestari di masa hadapan. Amalan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh murid dan perbuatan menghormati dan mematuhi arahan atau peraturan. Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya turut harus dinilai bagi mencapai nilai tersebut.
Kebolehan berkomunikasi adalah aspek yang penting bagi murid-murid mencapai standard matlamat pembestarian prasekolah pada masa hadapan.. Murid-murid berkebolehan berinteraksi secara sopan, tertib dan teratur. Prngucapan murid-murid yang bertatasusila menggunakan perkataan yang betul turut sentiasa dipraktikkan di prasekolah. Murid-murid sentiasa dapat memberi pendapat yang boleh diterima pakai semasa pembelajaran dan pengajaran.
Perkembangan dan kemajuan murid melaluintunjang-tunjang adalah untuk menilai penguasaan murid bagi mencapai matlamat penghasilan murid bestari yang sekian lama dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Melalui tunjang komunikasi, murid-murid boleh bercerita mengenai diri dan keluarga, berinteraksi secara sopan dengan rakan sebaya, mengenal dan membunyikan huruf abjad serta membaca perkataan mudah, menulis huruf dan perkataan serta mewarna gambar mengikut cara dan arah yang betul.
Tunjang sains dan teknologi merupakan tunjang yang berkesan menghasilkan murid-murid  yang boleh mengelas mengikut warna dan bentuk saiz. Di samping itu, murid-murid juga boleh menambah dua himpunan objekdan menyatakan hasil tambah. Murid-murid turut boleh bekerjasama dalam aktiviti kumpulan melalui tunjang tersebut.
Tunjang kemanusiaan telah dihasilkan supaya murid-murid boleh bekerjasama dalam kumpulan dan boleh bercerita mengenai pengalaman.
Penghasilan tunjang fizikal dan estetika adalah di mana murid-murid telah dapat menguasai kemahiran koordinasi mata tangan, boleh mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dengan bantuan. Selain itu, murid-murid juga dapat membezakan objek atau situasi sama ada selamat atau bahaya.
Tunjang ketrampilan diri membolehkan murid-murid dapat mengemas dan menyimpan alatan yang digunakan dengan bantuan. Murid-murid juga boleh membezakan objek atau situasi yang selamat atau bahaya.
Tunjang ke-enam iaitu tunjang kerohanian, sikap dan nilai telah menunjukkan penghasilan murid-murid yang telah mengetahui cara mengambil wuduk dan dapat menyebut nama ahli keluarga dan menceritakan tentang kelahiran Rasullullah SAW serta dapat mengenal  dan menyebut huruf-huruf Jawi.

Kelebihan murid dalam pencapaian telah diperkukuhkan dan dipertingkatkan melalui aktiviti pengayaan perkembangan dan kemajuan murid telah dipantau eh semua prasekolah masing-masing dengan seadilnya secara individu, kumpulan dan kelas melalui proses pembelajaran bagi mencapai matlamat pembestarian murid prasekolah pada masa hadapan. Sokongan dan bimbingan tambahan di rumah oleh ibu bapa atau penjaga adalah penting dalam penghasilan murid-murid bestari di masa kini dan di masa hadapan.
Perangkuman penghasilan semua aspek-aspek di atas telah dapat memperkembangkan dan membestarikan murid-murid prasekolah pada zaman kini. Proses matlamat pencapaian penghasilan ini akan sentiasa disokong oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.


Disediakan oleh,
Joyce Robert                                                                                                                           
 Pembantu Pengurusan Murid   
Prasekolah Sk Krait, Sarawak.
 

No comments:

Post a Comment