Thursday 16 August 2018

Laporan Bergambar Aktiviti Pencegahan Penyakit HFMD di kelas Prasekolah Sk Krait





Laporan Bergambar Aktiviti cergas bersama Milo dan Senamrobik Sk Krait Pada 16 Ogos 2018










pengenalan


Aktiviti Cergas Bersama Milo dan Senamrobik Anjuran Milo telah diadakan pada sebelah pagi bertarikh 16 Ogos 2018. Ia bertujuan untuk melahirkan generasi berkonsep sihat sejahtera melalui gaya hidup sihat tajaan Milo (Nestle Malaysia).

matlamat


Matlamat mengadakan aktiviti cerdas bersama Milo dan senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cerdas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

objektif

1.Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam gaya hidup yang sihat.

2.Mengamalkan dan mempraktikkan gaya hidup yang sihat dengan cara yang betul.
3.Meningkatkan koordinasi tubuh badan murid-murid.
4.Meningkatkan semangat kesukanan dan kekitaan.


Saturday 14 July 2018

HARI PERMUAFAKATAN SK KRAIT 2018


Pengucapan Guru Besar Sk Krait Pada Hari Permuafakatan Tahun 2018

                Guru Besar mengucapkan salam sejahtera dan selamat datang pada Hari Permuafakatan serta Hari Pelaporan murid pada pagi tersebut. Beliau berterima kasih kepada semua yang sudi hadir bersama-sama menjayakan program penting di sekolah ini bagi memajukan anak-anak hadirin di sekolah Sk Krait.

                Beliau telah berkongsi tentang "Pelan Pembangunan Pendidikan" 2018-2020 kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir ke program tersebut. Beliau turut menitik beratkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan ini haruslah menjadi satu amanah dan hala tuju bagaimana murid-murid baik dan cemerlang akan dilahirkan di sekolah ini dan peningkatan pendidikan murid-murid di peringkat sekolah adalah dipertikaikan oleh beliau.
                 
                Di samping itu, beliau telah memberitahu bahawa lakaran masa depan itu sangat penting dan pengharapan masa depan yang cerah oleh ibu bapa adalah sangat diperbincangkan. Ini adalah kerana anak-anak merupakan satu wawasan pada masa yang akan datang. Generasi muda yang baik adalah sangat penting untuk menghadapi cabaran ekonomi abad ke-21 dan juga Revolusi 4.0 iaitu revolusi yang kini terbaru diperlancarkan.

               Guru Besar telah menitik beratkan 6 Aspirasi di dalam Pelan Pembangunan iaitu murid berilmu, penglibatan ibu bapa, idea, pengetahuan atau penguasaan bacaan dan mengira, minat anak-anak serta bahan bacaan. Peranan Ibu bapa dan pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan dengan berpandukan nilai-nilai murni. Murid-murid adalah digalakkan mempelajari menghormati orang lain. Oleh yang demikian, Guru Besar menyeru dan mengambil kesempatan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan bagi memupuk nilai-nilai murni terhadap anak-anak mereka.

               6 Aspirasi penting yang telah direka oleh Guru Besar juga telah diperucapkan pada Hari Permuafakatan hari ini iaitu:

                                     1.  Berilmu Pengetahuan (Dari segi numerasi, literasi dan LBI)
                                     2.  Orang yang Berkemahiran Berfikir
                                     3.  Kepimpinan
                                     4.  Berdwibahasa
                                     5.  Beretika dan Berkerohanian (Iaitu Berpegang Kepada Agama yang Kuat
                                          dan Mempunyai Moral yang Tinggi)
                                     6.  Identiti dan Kebangsaan (Integriti, Kerohanian, Mencintakan Negara dan 
                                          Agama, Menghargai Keamanan serta Mengambil Berat terhadap 
                                          Persekitaran)

                 Guru Besar menitik beratkan bahawa ibu bapa mesti bersifat penyayang, boleh melindungi anak-anak daripada pengaruh negatif, memantau, mengawas, melihat dan sentiasa menjaga anak-anak sendiri. Perancangan Masa di rumah untuk anak-anak juga turut menjadi isu penting untuk pembangunan Pendidikan anak-anak di rumah dan di Sekolah. Penglibatan anak-anak pada masa kini yang sering terdedah kepada Internet yang berunsurkan Negatif harus diberikan pemantauan oleh ibu bapa/ penjaga di rumah. Tambahan juga, kemahiran keibubapaan yang sesuai turut dianggap penting untuk pengajaran dan pembelajaran anak-anak.

                Akhir sekali, Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin pada Hari Permuafakatan Sk Krait TAhun 2018 dan beliau mengakhiri kata-kata dengan semoga pengucapan beliau memberi panduan dan amanah kepada ibu bapa/ penjaga bagi sama-sama meningkatkan kualiti Pendidikan Malaysia dan di Sekolah ini.